Wednesday, December 19, 2012


Berlindung Disebalik Iron Dome

Iron Dome mulai dioperasikan oleh Israel untuk menangkis serangan  roket yang dilancarkan oleh para pejuang Palestin. Sistem Iron Dome pernah dikritik oleh tentera Israel, Reuven Pedatzur, bahawa kos operasional Iron Dome jauh lebih mahal dibandingkan kos yang dikeluarkan oleh pejuang Palestin untuk menembak roket. Sebagai perbandingan, 1 unit roket penangkis Iron Dome (Tamir) berharga US$ 90.000, sedangkan 1 unit roket yang ditembakkan oleh pejuang Palestina (Qassam) yang dibuat sendiri hanya berharga US$ 800. Intinya, roket pejuang Palestina bukan hanya menembak wilayah Israel, tapi juga memusnahkan harta kekayaan Israel.  | Iron Dome,  Isarel Untuk Menangkis Serangan Roket Pejuang Palestin.

Konflik yang melanda Gaza pada pertengahan November tidak terlepas dari segi politik dan kemanusiaan,Israel telah mempunyai sistem pengesan dan penangkis serangan peluru berpandu yang tercanggih. Namanya Iron Dome, buatan Rafael Adance Defense Systems, syarikat persenjataan Israel. Mekanisme dan kaedah kerjanya mudah saja sebetulnya: mengesan pelancaran peluru berpandu atau benda udara lain, menjejaki, dan memusnahkannya di udara sebelum masuk ke kawasan atau wilayah sendiri.

Jika dilihat dari pandangan Iron Drome dilihat begitu sederhana sekali,tetapi cara pelaksanaan cukup rumit dan sekaligus membuktikan kegeniusan saintis persenjataan Israel sekaligus mencapai visi mereka dalam menangkis serangan-serangan ke dalam negaranya. Sistem penangkis peluru berpandu Iron Dome ini, menurut laman Rafael, didefinisikan sebagai Sistem Pertahanan Atas Serangan Roket Artileri Jarak Pendek.Ianya terdiri daripada tiga subsistem utama, iaitu Pusat Kawalan dan Pengurusan Tempur, Radar Penjejak dan pengesanan, serta Unit Pelancaran Peluru Berpandu. Masing-masing boleh bergerak di atas kenderaan bergerak, namun tidak boleh beroperasi secara bebas kerana saling berkaitan. Sebagai langkah berjaga ,Israel sangat memerlukan sistem pertahanan aktif dan pasif sebagai persediaan menangkis pelbagai serangan ke atas negaranya yang dikelilingi musuh zionis.

Pada peringkat pertama, Iron Dome bermula dari sistem pertahanan aktif bernama Spyder pada Mac 2011, yang dilaksanakan pertama kali di Kota Beersyeba. Pada saat itu,terdapat serangan roket-roket Grad (buatan Rusia, BM-21 atau M-21OF) yang dilancarkan dari Genting Gaza. Tuntutan Israel ketika itu, 400 roket Grad boleh memusnahkan secara sempurna. Spyder diketahui boleh juga memusnahkan pesawat pejuang yang terbang hingga ketinggian 32,000 kaki dari permukaan laut dalam kelajuan supersonik. Pada Perang Kedua Lubnan pada 2006 apabila sekitar 4,000 peluru berpandu Hizbullah mendarat di bandar-bandar Israel, yang kebanyakan adalah peluru berpandu Katyusha (BM-13, BM-14, BM-21 hingga BM-30; juga buatan Rusia) .

Pada tahun 2000 hingga 2008, lebih daripada 4,000 roket dan 4.000 mortar yang dilancarkan menghancurkan banyak sasaran di bandar-bandar Israel, di antaranya Haifa, dan Hamas menjadi pihak yang melancarkan paling banyak. Akan tetapi, jenis roket yang dilancarkan cukup berbeza, iaitu Qassam, satu jenis roket buatan sendiri yang jarak jangkaunya hingga 20 kilometer. Sudah cukup untuk menimbulkan keganasan dan ketakutan bagi Israel.

No comments:

Post a Comment