Friday, December 21, 2012


 HYPERSONIC DIKEMBANGKAN OLEH RUSIA 

Rusia membuat dua jenis peluru berpandu hypersonic bagi mengembangkan lagi sistem persenjataan mereka. Peluru berpandu ini mampu menahan serta memusnahkan peluru berpandu musuh dengan berkelajuan tinggi..

Ia dipasangkan pada kenderaan pelancar peluru berpandu S-400 Triumph dan S-500 Prometheus,model terbaru yang dipasangkan adalah model 77N6 dan 77N6-N1. Ianya akan mula dihasilkan sepenuhnya pada tahun 2014 dan merupakan peluru berpandu tercanggih buatan mereka. Pelancar S-400 buat masa sekarang membawa dua peluru berpandu jenis lama iaitu 48N6 dan 9M96, untuk S-500 belum siap sepenuhnya bagi penambahbaikan bagi model baru.Peluru berpandu baru itu mampu menembak sasaran dengan kelajuan 7km persaat ianya termasuk peluru berpandu balistik berpandukan nuklear(Nuklear Warhead). Model baru ini tidak perlu ditambah atau dipasang bahan letupan tambahan dan mampu memusnahkan sasaran yang sedang terbang diudara.

 Kenderaan pelancar peluru berpandu model S-400 masih mampu membawa peluru berpandu yang menggunakan sistem lama,kerana ianya hanya berdaya menjankaui sekitar 200km sahaja. Sedangkan S-400 direka mampu pergi sehinnga 400km. S-300 dihasilkan untuk tentera rusia buat kali terakhir pada tahun 1994. Selebihnya dihasilkan untuk dijual.









Thursday, December 20, 2012


MAMPUKAH ASEAN MENANGANI KONFLIK DI LAUT CHINA SELATAN






  Perebutan kawasan yang bertindih meyebabkan berlakunya perbalahan diantara China dan Filipina.
Filipina juga meminta agar masalah di Laut China Selatan boleh diselesaikan oleh negara-negara ASEAN kerana negara itu memerlukan sokongan.Sekiranya Filipina menghadapi China secara bersendirian, secara ketenteraan dan undang-undang antarabangsa, akan kalah. Untuk itu Filipina tidak teragak-agak membawa masalah ini ke dunia antarabangsa.

  Kawasan yang dituntut secara sepihak kawasan Laut China Selatan oleh China membuat ketegangan tidak hanya antara China dan Filipina tetapi juga dengan Vietnam, Brunai, Malaysia, dan Taiwan. Diantara negara itu Filipina dan Vietnam-lah yang paling seru merebut kawasan Laut China Selatan. Negara-negara itu merebut wilayah itu pasti berlandaskan alasan bahawa ada sumber minyak yang banyak untuk tempoh jangka panjang.

   Ketegangan diantara Filipina dan Vietnam dengan China sudah pada tahap ketententera. Dalam keadaan yang merasa terdesak, membuatkan Filipina meminta bantuan daripada Amerika Syarikat. Filipina meminta campurtangan Amerika Syarikat dalam konflik ketenteraan ini tentu disambut dengan senang hati oleh Amerika Syarikat. Undangan Filipina ini dianggap oleh Amerika Syarikat sebagai cara untuk menghentam China sekaligus mengurangkan pengaruh Amerika Syarikat di Asia Timur dan Asia Tenggara.

  Untuk menghadapi China, Filipina tidak hanya mengikut Amerika Syarikat, namun ramai yang menjadi agen ke pada China di Asia Tenggara seperti Kemboja ini membuatkan filipina memaki negara tersebut yang bertindak menyalurkan maklumat. Filipina kerap kali menuduh Kemboja menolak untuk bersepakat menghadapi tekanan dari China.Mengapa mesyuarat  gagal membincangkan masalah di Laut China Selatan meskipun permasalahan itu melibatkan banyak negara-negara ASEAN, seperti Filipina, Vietnam, Brunai, dan Malaysia?

  Alasannya adalah. Pertama, kebergantungan negara-negara ASEAN akan bantuan China. Sebagaimana kita ketahui China telah banyak memberi bantuan dan pelaburan di negara-negara ASEAN, terutamanya di Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Malaysia.. Bantuan yang diberikan ini tentu menjadi beban bagi banyak negara ASEAN bila hendak menentang China. Misalnya saja, ketika pemerintahan Junta Tentera Myanmar diembargo ekonomi oleh PBB dan Kesatuan Eropah, namun ekonomi Myammar mampu bernafas kerana adanya bantuan dari segi ekonomi dan perdagangan dengan China.

Pelbagai sokongan yang diberikan kepada Myammar bukan pada ekonomi dan perdagangan sahaja, boleh dikatakan penentangan China kepada PBB dan juga kesatuan Eropah atas sekatanyang hendak juga dikenakan kepada Myammar. Ini membuatkan Myammar banyak mendiamkan diri dari permasalah isu dalam konflik di Laut China Selatan.

Kedua, bila konflik ketenteraan terjadi antara ASEAN dan China, pasti ASEAN tidak berdaya menghadapi serangan tentera China. Mengapa demikian? Sebab China tidak mempunyai dengan masalah alatan yang dimiliki. China mampu menghasilkan persenjataan sendiri dengan canggih, moden, dan banyak. Sebagai negara dan kuasa besar, kemampuan China memiliki teknologi tercanggih dan termoden sudah terbukti dari dulu apabila sudah berjaya menghantar angkasawan ke luar angkasa ini menunjukkan suatu jarak perbezaan teknologi yang dimiliki oleh China.

Ketiga, komuniti ASEAN berbeza dengan komuniti Kesatuan Eropah dan Liga Arab. Kesatuan Eropah adalah kumpulan negara-negara di mana penduduknya majoriti beragama Kristian dan Katolik sehingga bila negara yang ingin menjadi ahli Kesatuan Eropah namun majoriti penduduknya bukan Kristian atau Katolik maka keinginan negara itu akan ditegah. Lihat sahaja bagaimana susahnya Turki masuk ke Kesatuan Eropah.

Sementara itu ASEAN adalah lain. Negara-negara di rantau Asia Tenggara ini boleh dikatakan multietnik, bahasa, dan pelbagai bangsa. Tidak ade banyak perbezaan yang tidak boleh menjadikan ASEAN sebagai komuniti yang senasib dan seperjuangan. Sehingga kini China dipandang serius oleh ASEAN tidak seperti Kesatuan Eropah memandang Turki atau Liga Arab memandang Israel zionis.

Ketiga Jika dilihat dari hal diatas,ASEAN boleh dikata agak rumit . Jika diserang oleh China dan tidak dilawan, ianya akan bertindak secara agresif dan dengan sewenang-wenangnya menuntut kawasan di Laut China Selatan. Andai kata dilawan mampukah untuk mempertahankan  dan kekuatan apa yang dilmiliki oleh negra-negara ASEAN untuk menyerang kembali.

Konflik yang sedang berlaku di Laut China Selatan ini akan berlangsung lama dan terus menjadi panas. Salah satu cara pintas Filipina adalah mengundang Amerika Syarikat untuk campurtangan dalam konflik yang sedang berlaku secara aktif bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Laut China Selatan.
Ini kerana  ketidakmampuan Asean menyelesaikan masalah di Laut China Selatan,maka kehadiran tentera Amerika Syarikat di kawasan Asia Tenggara tidak boleh sama sekali dilarang oleh ASEAN.Sebelum ini organisasi tersebut telah bersetuju bahawa kawasan Asia tenggara adalah zon damai dan akan diselesaikan secara baik tanpa menggunakan sebarang ketenteraan bagi menyelesaikan sesuatu isu.

Atas ketidakmampuan ASEAN dalam menyelesaikan masalah kawasan yand dituntut akan membuatkan seperti tiada sebarang faedah kepada anggota yang menyertai organisasi ini. Dan jika dilihat dalam permasalahan yang dihadapi ianya menunjukkan bahawa hampir kesemua negara didalam organisasi ini mempunyai kelemahan dari segi ekonomi dan ketenteraaan. Ini membuatkan kawasan Asia tenggara akan sentiasa dilanda pelbagai konflik dan dianggap sebagai satu wilayah konflik malahan mengguntungkan pihak yang lain.

Wednesday, December 19, 2012


Berlindung Disebalik Iron Dome

Iron Dome mulai dioperasikan oleh Israel untuk menangkis serangan  roket yang dilancarkan oleh para pejuang Palestin. Sistem Iron Dome pernah dikritik oleh tentera Israel, Reuven Pedatzur, bahawa kos operasional Iron Dome jauh lebih mahal dibandingkan kos yang dikeluarkan oleh pejuang Palestin untuk menembak roket. Sebagai perbandingan, 1 unit roket penangkis Iron Dome (Tamir) berharga US$ 90.000, sedangkan 1 unit roket yang ditembakkan oleh pejuang Palestina (Qassam) yang dibuat sendiri hanya berharga US$ 800. Intinya, roket pejuang Palestina bukan hanya menembak wilayah Israel, tapi juga memusnahkan harta kekayaan Israel.  | Iron Dome,  Isarel Untuk Menangkis Serangan Roket Pejuang Palestin.

Konflik yang melanda Gaza pada pertengahan November tidak terlepas dari segi politik dan kemanusiaan,Israel telah mempunyai sistem pengesan dan penangkis serangan peluru berpandu yang tercanggih. Namanya Iron Dome, buatan Rafael Adance Defense Systems, syarikat persenjataan Israel. Mekanisme dan kaedah kerjanya mudah saja sebetulnya: mengesan pelancaran peluru berpandu atau benda udara lain, menjejaki, dan memusnahkannya di udara sebelum masuk ke kawasan atau wilayah sendiri.

Jika dilihat dari pandangan Iron Drome dilihat begitu sederhana sekali,tetapi cara pelaksanaan cukup rumit dan sekaligus membuktikan kegeniusan saintis persenjataan Israel sekaligus mencapai visi mereka dalam menangkis serangan-serangan ke dalam negaranya. Sistem penangkis peluru berpandu Iron Dome ini, menurut laman Rafael, didefinisikan sebagai Sistem Pertahanan Atas Serangan Roket Artileri Jarak Pendek.Ianya terdiri daripada tiga subsistem utama, iaitu Pusat Kawalan dan Pengurusan Tempur, Radar Penjejak dan pengesanan, serta Unit Pelancaran Peluru Berpandu. Masing-masing boleh bergerak di atas kenderaan bergerak, namun tidak boleh beroperasi secara bebas kerana saling berkaitan. Sebagai langkah berjaga ,Israel sangat memerlukan sistem pertahanan aktif dan pasif sebagai persediaan menangkis pelbagai serangan ke atas negaranya yang dikelilingi musuh zionis.

Pada peringkat pertama, Iron Dome bermula dari sistem pertahanan aktif bernama Spyder pada Mac 2011, yang dilaksanakan pertama kali di Kota Beersyeba. Pada saat itu,terdapat serangan roket-roket Grad (buatan Rusia, BM-21 atau M-21OF) yang dilancarkan dari Genting Gaza. Tuntutan Israel ketika itu, 400 roket Grad boleh memusnahkan secara sempurna. Spyder diketahui boleh juga memusnahkan pesawat pejuang yang terbang hingga ketinggian 32,000 kaki dari permukaan laut dalam kelajuan supersonik. Pada Perang Kedua Lubnan pada 2006 apabila sekitar 4,000 peluru berpandu Hizbullah mendarat di bandar-bandar Israel, yang kebanyakan adalah peluru berpandu Katyusha (BM-13, BM-14, BM-21 hingga BM-30; juga buatan Rusia) .

Pada tahun 2000 hingga 2008, lebih daripada 4,000 roket dan 4.000 mortar yang dilancarkan menghancurkan banyak sasaran di bandar-bandar Israel, di antaranya Haifa, dan Hamas menjadi pihak yang melancarkan paling banyak. Akan tetapi, jenis roket yang dilancarkan cukup berbeza, iaitu Qassam, satu jenis roket buatan sendiri yang jarak jangkaunya hingga 20 kilometer. Sudah cukup untuk menimbulkan keganasan dan ketakutan bagi Israel.

Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)




Banduan Indonesia di kompaun polis di Sungai Rambai, sejurus selepas penawanan oleh 3RAR mereka semasa 'Bunga' Operasi pada 29 Oktober 1964. Semua 52 penyusup-penyusup, bersama-sama dengan tangan mereka ditangkap dan peralatan, telah disampaikan kepada kompaun polis, di mana mereka menjadi tanggungjawab pihak berkuasa Malaysia. Banduan yang diadakan di bawah kawalan oleh operatif Polis Diraja Malaysia.


Kematian dan kehilangan :-

Malaysia & Allies

114 terbunuh
181 cedera
1 hilang

Indonesia

590 terbunuh
222 cedera
771 ditangkap


KETUA Pemuda Umno, Tun Sardon Jubir (baju batik) turut menyoal siasat tentera Indonesia yang ditahan di Labis, Johor

TENTERA Indonesia ditawan selepas menceroboh Malaysia. POSTER dihasilkan sebagai perang psikologi.



Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Sri Pahang dekat Telok Ayer Basin Selepas Pertempuran Dengan Sembilan Indonesia Di Sampan Off Bedok Sea Semasa era konfrontasi. 






KSAL DAN KSAU BARU ANGKATAN TENTERA TNI




Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melantik Laksaman Madya TNI Marsetyo sebagai ketua staf Angkatan Laut (KSAL) dan Marsyal Madya TNI Ida Bagus Putu Dunia sebagai ketua staf Angkatan Udara (KSAU).

Pelantikan ini berlansung di Istana Negara Jakarta, Isnin 17 Disember 2012.

"Saudara Laksaman Masyal TNI DR.Marsetyo, apakah saudara bersedia untuk mengambil sumpah? Saudara Marsyal Madya TNI Dr. Ida Bagus Putu Dunia ,apakah saudara bersedia mengambil sumpah? tanya Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada saat melantik kedua-duanya. Pelantikan kedua-dua Laksamana di TNI tersebut berdasarkan akta 78 TNI Tahun 2012 tentang pengangkatan KASAL DAN KASAU yang ditandatangani  pada 14 disember 2012. Pelantikan ini hanya berlangsung dari 12minit sahaja kerana Presiden SBY hanya mengambil sumpah sahaja dan tidak memberi ucapannya.

Laksaman Madya TNI Marsetyo diangkat menjadi ketua staf Angkatan Laut menggantikan Laksaman Soeparno. Manakala, Marsyal Madya TNI Ida Bagus menggantikan Marsyal TNI Imam Sufaat. Kedua-dua
Laksamana TNI Soeparno dan Marsyal TNI Imam syufaat yang digantikan segera memasuki fasa peralehan kuasa dan akan menamatkan perkhidmatan dalam angkatan TNI..






INDON MILIKI 3 UNIT KAPAL SELAM PADA TAHUN 2014







TNI AL akan terus membangun kekuatan dengan memesan alat utama sistem persenjataan (alutsista). Perkara ini berada didalam perancangan indon untuk mempermodenkan sistem persenjataan pada tahap yang pertama yang dianggarkan bajet dalam US 5million..

Walaupun, TNI sangat memerlukan sistem teknologi yang baru untuk dipasangkan ianya tidak mendesak pemerintah INDONESIA untuk segera membeli. Ianya dilakukan secara berperingkat sejajar dengan permodenan teknologi TNI.

Malahan, ianya menjadi keutamaan untuk dimiliki TNI bagi memperkuatkan angkatan mereka..pada pandangan Prioritas pertama kapal selam dan helikopter yang untuk memperkuat kekuatan kita," ujar Laksamana TNI Soeparno..

3 unit kapal selam sudah dipastikan menjadi milik mereka dan masih berada didalam tahap pemesanan..terang Laksamana TNI Soeparno..






Call of Duty Black Ops 15th Prestige