Thursday, December 20, 2012


MAMPUKAH ASEAN MENANGANI KONFLIK DI LAUT CHINA SELATAN






  Perebutan kawasan yang bertindih meyebabkan berlakunya perbalahan diantara China dan Filipina.
Filipina juga meminta agar masalah di Laut China Selatan boleh diselesaikan oleh negara-negara ASEAN kerana negara itu memerlukan sokongan.Sekiranya Filipina menghadapi China secara bersendirian, secara ketenteraan dan undang-undang antarabangsa, akan kalah. Untuk itu Filipina tidak teragak-agak membawa masalah ini ke dunia antarabangsa.

  Kawasan yang dituntut secara sepihak kawasan Laut China Selatan oleh China membuat ketegangan tidak hanya antara China dan Filipina tetapi juga dengan Vietnam, Brunai, Malaysia, dan Taiwan. Diantara negara itu Filipina dan Vietnam-lah yang paling seru merebut kawasan Laut China Selatan. Negara-negara itu merebut wilayah itu pasti berlandaskan alasan bahawa ada sumber minyak yang banyak untuk tempoh jangka panjang.

   Ketegangan diantara Filipina dan Vietnam dengan China sudah pada tahap ketententera. Dalam keadaan yang merasa terdesak, membuatkan Filipina meminta bantuan daripada Amerika Syarikat. Filipina meminta campurtangan Amerika Syarikat dalam konflik ketenteraan ini tentu disambut dengan senang hati oleh Amerika Syarikat. Undangan Filipina ini dianggap oleh Amerika Syarikat sebagai cara untuk menghentam China sekaligus mengurangkan pengaruh Amerika Syarikat di Asia Timur dan Asia Tenggara.

  Untuk menghadapi China, Filipina tidak hanya mengikut Amerika Syarikat, namun ramai yang menjadi agen ke pada China di Asia Tenggara seperti Kemboja ini membuatkan filipina memaki negara tersebut yang bertindak menyalurkan maklumat. Filipina kerap kali menuduh Kemboja menolak untuk bersepakat menghadapi tekanan dari China.Mengapa mesyuarat  gagal membincangkan masalah di Laut China Selatan meskipun permasalahan itu melibatkan banyak negara-negara ASEAN, seperti Filipina, Vietnam, Brunai, dan Malaysia?

  Alasannya adalah. Pertama, kebergantungan negara-negara ASEAN akan bantuan China. Sebagaimana kita ketahui China telah banyak memberi bantuan dan pelaburan di negara-negara ASEAN, terutamanya di Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Malaysia.. Bantuan yang diberikan ini tentu menjadi beban bagi banyak negara ASEAN bila hendak menentang China. Misalnya saja, ketika pemerintahan Junta Tentera Myanmar diembargo ekonomi oleh PBB dan Kesatuan Eropah, namun ekonomi Myammar mampu bernafas kerana adanya bantuan dari segi ekonomi dan perdagangan dengan China.

Pelbagai sokongan yang diberikan kepada Myammar bukan pada ekonomi dan perdagangan sahaja, boleh dikatakan penentangan China kepada PBB dan juga kesatuan Eropah atas sekatanyang hendak juga dikenakan kepada Myammar. Ini membuatkan Myammar banyak mendiamkan diri dari permasalah isu dalam konflik di Laut China Selatan.

Kedua, bila konflik ketenteraan terjadi antara ASEAN dan China, pasti ASEAN tidak berdaya menghadapi serangan tentera China. Mengapa demikian? Sebab China tidak mempunyai dengan masalah alatan yang dimiliki. China mampu menghasilkan persenjataan sendiri dengan canggih, moden, dan banyak. Sebagai negara dan kuasa besar, kemampuan China memiliki teknologi tercanggih dan termoden sudah terbukti dari dulu apabila sudah berjaya menghantar angkasawan ke luar angkasa ini menunjukkan suatu jarak perbezaan teknologi yang dimiliki oleh China.

Ketiga, komuniti ASEAN berbeza dengan komuniti Kesatuan Eropah dan Liga Arab. Kesatuan Eropah adalah kumpulan negara-negara di mana penduduknya majoriti beragama Kristian dan Katolik sehingga bila negara yang ingin menjadi ahli Kesatuan Eropah namun majoriti penduduknya bukan Kristian atau Katolik maka keinginan negara itu akan ditegah. Lihat sahaja bagaimana susahnya Turki masuk ke Kesatuan Eropah.

Sementara itu ASEAN adalah lain. Negara-negara di rantau Asia Tenggara ini boleh dikatakan multietnik, bahasa, dan pelbagai bangsa. Tidak ade banyak perbezaan yang tidak boleh menjadikan ASEAN sebagai komuniti yang senasib dan seperjuangan. Sehingga kini China dipandang serius oleh ASEAN tidak seperti Kesatuan Eropah memandang Turki atau Liga Arab memandang Israel zionis.

Ketiga Jika dilihat dari hal diatas,ASEAN boleh dikata agak rumit . Jika diserang oleh China dan tidak dilawan, ianya akan bertindak secara agresif dan dengan sewenang-wenangnya menuntut kawasan di Laut China Selatan. Andai kata dilawan mampukah untuk mempertahankan  dan kekuatan apa yang dilmiliki oleh negra-negara ASEAN untuk menyerang kembali.

Konflik yang sedang berlaku di Laut China Selatan ini akan berlangsung lama dan terus menjadi panas. Salah satu cara pintas Filipina adalah mengundang Amerika Syarikat untuk campurtangan dalam konflik yang sedang berlaku secara aktif bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Laut China Selatan.
Ini kerana  ketidakmampuan Asean menyelesaikan masalah di Laut China Selatan,maka kehadiran tentera Amerika Syarikat di kawasan Asia Tenggara tidak boleh sama sekali dilarang oleh ASEAN.Sebelum ini organisasi tersebut telah bersetuju bahawa kawasan Asia tenggara adalah zon damai dan akan diselesaikan secara baik tanpa menggunakan sebarang ketenteraan bagi menyelesaikan sesuatu isu.

Atas ketidakmampuan ASEAN dalam menyelesaikan masalah kawasan yand dituntut akan membuatkan seperti tiada sebarang faedah kepada anggota yang menyertai organisasi ini. Dan jika dilihat dalam permasalahan yang dihadapi ianya menunjukkan bahawa hampir kesemua negara didalam organisasi ini mempunyai kelemahan dari segi ekonomi dan ketenteraaan. Ini membuatkan kawasan Asia tenggara akan sentiasa dilanda pelbagai konflik dan dianggap sebagai satu wilayah konflik malahan mengguntungkan pihak yang lain.

No comments:

Post a Comment

Call of Duty Black Ops 15th Prestige