Friday, December 21, 2012


 HYPERSONIC DIKEMBANGKAN OLEH RUSIA 

Rusia membuat dua jenis peluru berpandu hypersonic bagi mengembangkan lagi sistem persenjataan mereka. Peluru berpandu ini mampu menahan serta memusnahkan peluru berpandu musuh dengan berkelajuan tinggi..

Ia dipasangkan pada kenderaan pelancar peluru berpandu S-400 Triumph dan S-500 Prometheus,model terbaru yang dipasangkan adalah model 77N6 dan 77N6-N1. Ianya akan mula dihasilkan sepenuhnya pada tahun 2014 dan merupakan peluru berpandu tercanggih buatan mereka. Pelancar S-400 buat masa sekarang membawa dua peluru berpandu jenis lama iaitu 48N6 dan 9M96, untuk S-500 belum siap sepenuhnya bagi penambahbaikan bagi model baru.Peluru berpandu baru itu mampu menembak sasaran dengan kelajuan 7km persaat ianya termasuk peluru berpandu balistik berpandukan nuklear(Nuklear Warhead). Model baru ini tidak perlu ditambah atau dipasang bahan letupan tambahan dan mampu memusnahkan sasaran yang sedang terbang diudara.

 Kenderaan pelancar peluru berpandu model S-400 masih mampu membawa peluru berpandu yang menggunakan sistem lama,kerana ianya hanya berdaya menjankaui sekitar 200km sahaja. Sedangkan S-400 direka mampu pergi sehinnga 400km. S-300 dihasilkan untuk tentera rusia buat kali terakhir pada tahun 1994. Selebihnya dihasilkan untuk dijual.









No comments:

Post a Comment

Call of Duty Black Ops 15th Prestige